family

family

Pages

Wednesday 4 November 2015

Keperluan air untuk wanita hamil

Entri 14


4.11.2015

Teks : Fadzilah Abdul Jalil

Foto : Fadzilah Abdul Jalil

Wanita amat perlu memastikan yang mereka mengambil cukup air setiap hari.Wanita hamil perlu mengambil sekurang- kurang nya 8 gelas sehari sebagaimana yang disarankan dan sebaik nya lebih sedikit dari keperluan biasa. Kenapa?

Air amat diperlukan untuk penyebaran dan penyerapan zat dan nutrisi dari ibu ke bayi. Penyerapan vitamin larut air  seperti asid ascorbik,asid nikotinik , b12 dan b6 sudah tentu memerlukan air. Pengmbilan air yang mencukupi juga akan mengelakkan dari wanita mengalami kelahiran pra matang.

Dengan air yang cukup .wanita hamil juga dapat mengelak dari mengalami buasir, najis keras dan kencing kotor. Lihatlah betapa pentingnya air.

Walau bagaimana pun perlu diingatkan bahawa wanita hamil perlu mengurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kafin dan yang berkalori tinggi. Kafin akan mengurangkan penyerapan zat besi dan menyukarkan rawatan anaemia manakala pengambilan kalori tinggi dalam minuman boleh menggalakkan diabetes waktu mengandung. Wanita hamil juga perlu memastikan minuman yang diambil telah dimasak terlebih dahulu, susu yang dipasteur sahaja yang diminum dan jus buah diambil dari buah yang dicuci bersih.

Akhir sekali, anggapan kaki bengkak waktu hamil disebabkan minum air banyak adalah tidak benar. Sebaliknya minum air lebih sedikit boleh membantu. Wanita yang menyusukan juga perlu minum air yang cukup tetapi mitos mengatakan minum air banyak susu pun boleh banyak adalah tidak benar.

Akhir sekali nasihat saya buat ibu hamil ,minum air yang cukup tetapi jangan lah berlebihan pula kerana ia pun boleh mendatangkan bahaya. Tanda badan kita tak cukup air ialah kita rasa haus. Pengambilan air yang mencukupi akan membantu wanita hamil menjalani hari -hari yang mendatang dengan lebih sihat dan cergas.

Tuesday 3 November 2015

Kajang Plaza Medical Center (KPMC) 2000-2008

Entri 13

3.11.2015

Teks : Fadzilah Abdul Jalil
Foto : Fadzilah Abdul Jalil

   Sekarang ni hujan lebat di luar sana. Sesekali langit berdentum dengan kilat sabung menyabung. Ingatan saya terimbau sewaktu bekerja di Kajang Plaza Medical Center. Sebelum bertugas di Poliklinik UKM Kesihatan, saya bekerja di Kajang Plaza Medical Center dari tahun 2000-2008. Sebuah hospital yang sederhana, mula beroperasi dengan keadaan yang amat sederhana pada tahun 2000. Doktor Jamil Sharif merupakan pengasas penubuhan hospital ini. Saya selaku pembantu kepada beliau  merasa berbesar hati menjadi sebahagian doktor dan staf yang bekerja diwaktu mula-mula pembukaan KPMC Kajang. Masih terbayang waktu mula -mula hospital dibuka. Pesakit belum ramai lagi. Mereka masih tertanya -tanya hospital apakah ini dan siapa empunyanya. Walau pun saya hanya menerima gaji pada bulan ke tiga hospital beroperasi, saya berasa amat gembira, seronok dan puas. Terasa teruja untuk bekerja keras bagi memastikan KPMC berkembang dan maju serta berjaya. Itulah dia aura KPMC dan CEO nya Dr Jamil pada ketika itu. Bekerja dengan gembira dan tiada tekanan.

Seperti biasa saya pada ketika itu adalah doktor perubatan O&G yang membantu doktor pakar. Disamping klinik yang berjalan setiap hari kecuali khamis dan Ahad,saya perlu menyambut kelahiran bayi, melakukan pemantauan pesakit di wad dan juga on-call selang sehari . Berselang-seli dengan doktor pakar iaitu Dr. Jamil. Saya juga hanya dapat menyambut hari raya tanpa gangguan selang setahun. Jika saya on-call pada hari raya, anak dan suami seakan sudah mengerti dan sudah stand-by untuk sambut hari raya secara ala kadar sahaja. Saya pula tak akan berenggang dengan hand-phone kerana pada bila -bila masa saya boleh dipanggil untuk kelahiran dan kecemasan di hospital. Pendek kata , telefon akan sentiasa melekat dengan saya. Pernah terjadi suatu ketika saya dipanggil untuk menyambut kelahiran dalan hujan lebat jam 4 pagi. Waktu keluar dari rumah terasa cuak . Saya baca doa dan terus meredah hujan dengan kereta. Lampu isyarat pun saya langgar. Bukannya ada kereta pun pagi-pagi. Dalam beberapa minit ,kilat memancar di depan saya dan waktu itu juga satu dahan pokok yang besar ditepi jalan rebah dan melintangi jalan di hadapan kereta saya. Saya mengucap panjang. Terkejut. Nasib baiklah saya bawa kereta comel kelisa . Jadi saya dapat juga melepasi halangan dengan lalu dicelah-celah dahan merimbun itu. Nasib baik juga sempat sampai dan sambut bayi di Labour Room.

Labour Room KPMC Kajang agak berbeza berbanding di Hospital Muar . Bilik lebih eksklusif, jadi suami boleh masuk. Kakitangan wad bersalin pun memang otai seperti Mama Zek dan Kak Min. Kalau mereka ada saya rasa aman sebab saya tahu pesakit saya dijaga oleh bidan yang amat berpengalaman dan boleh dipercayai. Ramai juga staf lain yang banyak pengalaman seperti Staf nurse Mastura dan lain-lain. Maaf lupa dah nama mereka. Ada ketika wad amat sibuk dengan "admission", bersalin, pembedahan dan sebagainya. Meriah. Walau pun saya on-call pada waktu malam, keesokkan harinya saya tetap perlu membuka klinik di sebelah pagi. Memang pagi itu mata akan jadi macam mata panda sebab tak cukup tidur.

Berbeza dengan hospital kerajaan, di hospital swasta pesakit dan doktor mempunyai hubungan yang rapat. Kadang-kadang dah jadi kawan sebab saya menjaga mereka dari waktu UPT "positif" hinggalah mereka dapat mendakap bayi mereka. Bukan seorang anak, malahan ada yang 3 hingga anak ke 4 ,saya juga yang menyambutnya. Sehingga sekarang saya ada juga berjumpa bayi saya  sambut bila menghadiri majlis di sekolah-sekolah berdekatan. Rupanya ada yang dah masuk sekolah tadika dan darjah satu. Wah, pantasnya masa berlalu. Terasa diri ini semakin .........muda. Apa-apa pun saya seronok dan bangga. Saya berjaya membantu ibu -ibu melahirkan insan-insan yang insya Allah pada suatu hari nanti akan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

 Dulu dan sekarang sudah amat berbeza. Dr Jamil telah kembali ke rahmatullah pada awal tahun 2015. Pemergian beliau amat di rasai oleh semua staf yang bekerja di KPMC dan semua pesakit beliau. Moga beliau ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Pengalaman adalah sesuatu yang tak boleh dibeli dengan wang. Kenangan akan kekal abadi di minda buat selamanya.

Sunday 1 November 2015

Datang haid sewaktu ingin mengerjakan umrah.

Entri 12
01.11.2015
Teks: Fadzilah Abdul Jalil
Foto: Fadzilah Abdul Jalil


Tarikh pergi umrah, 20.12.2015. Jom tengok kalendar haid di telefon pintar. Alamak!, haid jatuh betul -betul pada minggu tersebut. Macam mana ni, tak dapat buat ibadah umrah . Rugilah macam ni.
Pernah tak anda mngalami situasi tersebut. Jangan tak percaya, saya sendiri mengalaminya. Tiga tahun lepas saya telah pergi menunaikan iba
ah umrah bersama suami. Seperti biasa, kami pergi ke agensi perkhidmatan umrah iaitu Andalusia  Travel and services lima bulan sebelum tarikh berlepas.
Pada mulanya saya amat yakin yang pada tarikh tersebut haid saya sudah selesai. Tetapi alangkah risau saya kerana sebulan sebelum tarikh berlepas saya dapati haid akan jatuh pada hari penerbangan dan akan berterusan sepanjang saya di tanah suci. Macam mana ni?

Biasanya sekiranya kita tahu haid akan jatuh pada waktu berlepas, wanita akan dinasihatkan untuk mengambil hormon secara bulanan berturut-turut selama 2 bulan. Doktor akan membantu membuat kiraan berdasarkan tarikh haid terakhir dan kitaran individu. Untuk pengambilan hormon pada waktu yang hampir dngan tarikh umrah, wanita akan mengalami risiko dimana darah haid masih keluar walau diiringi dengan pengambilan hormon. Saya memang tidak suka akan pengambilan ubat yang berterusan untuk berminggu -minggu. Akhirnya, saya menemui satu cara yang amat berkesan iaitu pengambilan hormon secara berkala tapi untuk jangka pendek. Selain dari pengambilan hormon secara berkala, saya memohon suami supaya sama-sama berdoa agar saya mampu melakukan semua ibadah yang wajib dan sunat. Dengan berbekalkan doa yang di beri oleh uztaz sewaktu kursus umrah juga, saya mulakan pemgambilan hormon tersebut. Yang bagusnya saya tak perlu ambil untuk jangka masa yang panjang. Cukup sehingga semua ibadah selesai.

Alhamdulillah, dua minggu berlalu dan ibadah umrah dapat dilakukan dengan jayanya. Saya berhenti memakan ubat tersebut sehari sebelum berlepas pulang dan haid datang pada hari pertama saya berada di tanah air. Syukur alhamdulillah. Itulah dia DOA, USAHA DAN TAWAKAL. Kejayaan pasti milik kita.

Mulai hari itu saya mula yakin untuk memberikan nasihat kepada wanita yang ingin menunaikan umrah dan menghadapi masalah yang sama seperti saya. Dengan pengiraan yang betul, pengambilan ubat mengikut peraturan, DOA dan selebihnya TAWAKAL. Cara ini terbukti mambantu menunda haid anda sehingga selesai ibadah .