family

family

Pages

Tuesday 27 October 2015

Mengandung tapi datang haid, macam mana tu....

Entri 9

Teks : Fadzilah Abdul Jalil
Foto ; Fadzilah Abdul Jalil


"Kalau mengandung , saya pun ada datang haid jugak ". Ini adalah kekeliruan yang selalu terjadi kepada wanita yang baru hamil dan tiada pengalaman. Waktu mengandung sepatutnya tiada apa-apa perdarahan dari vagina yang keluar. Perdarahan yang berlaku pada bila-bila masa di kala hamil adalah TIDAK NORMAL dan perlukan perhatian dan dirujuk kepada doktor.

Di awal kehamilan iaitu di trimester pertama ( 4-12 minggu), keluar darah boleh disebabkan oleh kandungan yang tidak menjadi dan sedang dalam proses keguguran atau jika kandungan itu berkembang dengan baik ia tidak kuat melekat pada rahim. Ada juga kes dimana wanita itu mendapat jangkitan vagina, ketumbuhan polip dan lebih teruk kanser pangkal rahim. Jadi pergilah segera ke klinik atau hospital.

Apabila kandungan didalam trimester kedua ( 13-28 minggu), kalau darah hanya pink -pink sahaja itu tak mengapa. Anda cuma perlu rehat. Jika lebih banyak, ianya mungkin disebabkan oleh keguguran lewat masa, placenta praevia(uri dibawah) atau servik yang longgar (cervical incompetence). Jangkitan kuman di vagina juga boleh menyebabkan perdarahan . Akhir sekali ialah kelahiran pramatang.

Di trimester ketiga (28-lahir), perdarahan boleh disebabkan oleh uri dibawah, tanda kelahiran pramatang dan juga uri yang tanggal secara spontan dari dinding rahim (abruptio placentae). Perdarahan yang banyak boleh menjejaskan bayi dalam kandungan . Anda mesti bertindak segera untuk ke hospital bagi mendapatkan kepastian bagi punca perdarahan dan rawatan yang sepatutnya.

 Saya ada pengalaman semasa bekerja di hospital Muar dahulu. Seorang ibu yang sedang sarat hamil tumpah darah dengan banyak di rumah nya. Lebih sulit lagi rumah beliau adalah jauh, hampir 45 minit dari hospital terdekat. Amat malang sewaktu sampai di wad bersalin ,muka beliau sudah putih lesi kerana hilang banyak darah. Yang amat menyedihkan lagi bayi dalam kandungan disahkan meninggal didalam perut. Pemeriksaan mendapati bahawa wanita ini mengalami uri yang melekat dibawah ( placenta praevia) namun tidak mengetahuinya kerana tidak pernah melakukan ujian ultrasound. Bayi dikeluarkan dengan cara pembedahan dan rahim terpaksa di buang. Wanita tersebut selamat setelah berpuluh puluh beg darah dimasukkan kebadan beliau di ICU.

Itulah bahaya nya perdarahan sewaktu mengandung. Boleh mengancam nyawa ibu dan bayi dalam kandungan. Untuk wanita hamil semua, jaga diri baik-baik ye.

No comments:

Post a Comment