Entri 13
3.11.2015
Teks : Fadzilah Abdul Jalil
Foto : Fadzilah Abdul Jalil
Sekarang ni hujan lebat di luar sana. Sesekali langit berdentum dengan kilat sabung menyabung. Ingatan saya terimbau sewaktu bekerja di Kajang Plaza Medical Center. Sebelum bertugas di Poliklinik UKM Kesihatan, saya bekerja di Kajang Plaza Medical Center dari tahun 2000-2008. Sebuah hospital yang sederhana, mula beroperasi dengan keadaan yang amat sederhana pada tahun 2000. Doktor Jamil Sharif merupakan pengasas penubuhan hospital ini. Saya selaku pembantu kepada beliau merasa berbesar hati menjadi sebahagian doktor dan staf yang bekerja diwaktu mula-mula pembukaan KPMC Kajang. Masih terbayang waktu mula -mula hospital dibuka. Pesakit belum ramai lagi. Mereka masih tertanya -tanya hospital apakah ini dan siapa empunyanya. Walau pun saya hanya menerima gaji pada bulan ke tiga hospital beroperasi, saya berasa amat gembira, seronok dan puas. Terasa teruja untuk bekerja keras bagi memastikan KPMC berkembang dan maju serta berjaya. Itulah dia aura KPMC dan CEO nya Dr Jamil pada ketika itu. Bekerja dengan gembira dan tiada tekanan.
Seperti biasa saya pada ketika itu adalah doktor perubatan O&G yang membantu doktor pakar. Disamping klinik yang berjalan setiap hari kecuali khamis dan Ahad,saya perlu menyambut kelahiran bayi, melakukan pemantauan pesakit di wad dan juga on-call selang sehari . Berselang-seli dengan doktor pakar iaitu Dr. Jamil. Saya juga hanya dapat menyambut hari raya tanpa gangguan selang setahun. Jika saya on-call pada hari raya, anak dan suami seakan sudah mengerti dan sudah stand-by untuk sambut hari raya secara ala kadar sahaja. Saya pula tak akan berenggang dengan hand-phone kerana pada bila -bila masa saya boleh dipanggil untuk kelahiran dan kecemasan di hospital. Pendek kata , telefon akan sentiasa melekat dengan saya. Pernah terjadi suatu ketika saya dipanggil untuk menyambut kelahiran dalan hujan lebat jam 4 pagi. Waktu keluar dari rumah terasa cuak . Saya baca doa dan terus meredah hujan dengan kereta. Lampu isyarat pun saya langgar. Bukannya ada kereta pun pagi-pagi. Dalam beberapa minit ,kilat memancar di depan saya dan waktu itu juga satu dahan pokok yang besar ditepi jalan rebah dan melintangi jalan di hadapan kereta saya. Saya mengucap panjang. Terkejut. Nasib baiklah saya bawa kereta comel kelisa . Jadi saya dapat juga melepasi halangan dengan lalu dicelah-celah dahan merimbun itu. Nasib baik juga sempat sampai dan sambut bayi di Labour Room.
Labour Room KPMC Kajang agak berbeza berbanding di Hospital Muar . Bilik lebih eksklusif, jadi suami boleh masuk. Kakitangan wad bersalin pun memang otai seperti Mama Zek dan Kak Min. Kalau mereka ada saya rasa aman sebab saya tahu pesakit saya dijaga oleh bidan yang amat berpengalaman dan boleh dipercayai. Ramai juga staf lain yang banyak pengalaman seperti Staf nurse Mastura dan lain-lain. Maaf lupa dah nama mereka. Ada ketika wad amat sibuk dengan "admission", bersalin, pembedahan dan sebagainya. Meriah. Walau pun saya on-call pada waktu malam, keesokkan harinya saya tetap perlu membuka klinik di sebelah pagi. Memang pagi itu mata akan jadi macam mata panda sebab tak cukup tidur.
Berbeza dengan hospital kerajaan, di hospital swasta pesakit dan doktor mempunyai hubungan yang rapat. Kadang-kadang dah jadi kawan sebab saya menjaga mereka dari waktu UPT "positif" hinggalah mereka dapat mendakap bayi mereka. Bukan seorang anak, malahan ada yang 3 hingga anak ke 4 ,saya juga yang menyambutnya. Sehingga sekarang saya ada juga berjumpa bayi saya sambut bila menghadiri majlis di sekolah-sekolah berdekatan. Rupanya ada yang dah masuk sekolah tadika dan darjah satu. Wah, pantasnya masa berlalu. Terasa diri ini semakin .........muda. Apa-apa pun saya seronok dan bangga. Saya berjaya membantu ibu -ibu melahirkan insan-insan yang insya Allah pada suatu hari nanti akan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.
Dulu dan sekarang sudah amat berbeza. Dr Jamil telah kembali ke rahmatullah pada awal tahun 2015. Pemergian beliau amat di rasai oleh semua staf yang bekerja di KPMC dan semua pesakit beliau. Moga beliau ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.
Pengalaman adalah sesuatu yang tak boleh dibeli dengan wang. Kenangan akan kekal abadi di minda buat selamanya.
Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts

Tuesday, 3 November 2015
Sunday, 1 November 2015
Datang haid sewaktu ingin mengerjakan umrah.
Entri 12
01.11.2015
Teks: Fadzilah Abdul Jalil
Foto: Fadzilah Abdul Jalil
Foto: Fadzilah Abdul Jalil
Tarikh pergi umrah, 20.12.2015. Jom tengok kalendar haid di telefon pintar. Alamak!, haid jatuh betul -betul pada minggu tersebut. Macam mana ni, tak dapat buat ibadah umrah . Rugilah macam ni.
Pernah tak anda mngalami situasi tersebut. Jangan tak percaya, saya sendiri mengalaminya. Tiga tahun lepas saya telah pergi menunaikan iba
ah umrah bersama suami. Seperti biasa, kami pergi ke agensi perkhidmatan umrah iaitu Andalusia Travel and services lima bulan sebelum tarikh berlepas.
Pada mulanya saya amat yakin yang pada tarikh tersebut haid saya sudah selesai. Tetapi alangkah risau saya kerana sebulan sebelum tarikh berlepas saya dapati haid akan jatuh pada hari penerbangan dan akan berterusan sepanjang saya di tanah suci. Macam mana ni?

Biasanya sekiranya kita tahu haid akan jatuh pada waktu berlepas, wanita akan dinasihatkan untuk mengambil hormon secara bulanan berturut-turut selama 2 bulan. Doktor akan membantu membuat kiraan berdasarkan tarikh haid terakhir dan kitaran individu. Untuk pengambilan hormon pada waktu yang hampir dngan tarikh umrah, wanita akan mengalami risiko dimana darah haid masih keluar walau diiringi dengan pengambilan hormon. Saya memang tidak suka akan pengambilan ubat yang berterusan untuk berminggu -minggu. Akhirnya, saya menemui satu cara yang amat berkesan iaitu pengambilan hormon secara berkala tapi untuk jangka pendek. Selain dari pengambilan hormon secara berkala, saya memohon suami supaya sama-sama berdoa agar saya mampu melakukan semua ibadah yang wajib dan sunat. Dengan berbekalkan doa yang di beri oleh uztaz sewaktu kursus umrah juga, saya mulakan pemgambilan hormon tersebut. Yang bagusnya saya tak perlu ambil untuk jangka masa yang panjang. Cukup sehingga semua ibadah selesai.
Alhamdulillah, dua minggu berlalu dan ibadah umrah dapat dilakukan dengan jayanya. Saya berhenti memakan ubat tersebut sehari sebelum berlepas pulang dan haid datang pada hari pertama saya berada di tanah air. Syukur alhamdulillah. Itulah dia DOA, USAHA DAN TAWAKAL. Kejayaan pasti milik kita.
Mulai hari itu saya mula yakin untuk memberikan nasihat kepada wanita yang ingin menunaikan umrah dan menghadapi masalah yang sama seperti saya. Dengan pengiraan yang betul, pengambilan ubat mengikut peraturan, DOA dan selebihnya TAWAKAL. Cara ini terbukti mambantu menunda haid anda sehingga selesai ibadah .
Thursday, 29 October 2015
POLIKLINIK UKM KESIHATAN DAN SAYA
Entri 11
1.11.2015
Teks : Fadzilah Abdul Jalil
Foto: Fadzilah Abdul Jalil
Pejam celik, tak sedar telah hampir 8 tahun saya bekerja disini, Poliklinik UKM Kesihatan. Klinik ini berada berdekatan stesyen Petronas seksyen 15. Jiran kami ialah kedai RiziBiz yang menjual berbagai jamu termasuk produk terlajak laris. Kawasan ini 8 tahun dahulu agak sunyi. Tetapi sejak 5 tahun yang kebelakangan, ianya menjadi pusat komersial yang popular di Bandar Baru Bangi lebih -lebih lagi dengan kehadiran Pusat Komersial Bangi Gateway dan juga Hotel Butik disini. Tak hairanlah kawasan ini menjadi semakin sibuk dengan kenderaan keluar masuk .
Klinik ini ditubuhkan pada tahun 2005 oleh anak syarikat UKM Holding iaitu UKM Kesihatan. Di awal pembukaan hanya ada seorang sahaja doktor yang bertugas merawat pesakit. Sekarang ini tiga orang doktor akan bertugas serentak untuk memberikan perkhidmatan kepada pesakit. Kami beroperasi 24 jam. Saya pula bertugas memberikan rawatan di klinik Wanita dimana kebanyakan pesakit adalah ibu hamil. Selain dari pemeriksaan antenatal saya juga memberikan nasihat berkenaan sakit puan, perancang keluarga dan apa sahaja yang ingin dikongsi oleh wanita. Ramai juga yang berjumpa saya untuk pengaturan haid sewaktu ingin menjalani ibadah umrah. Alhamdulillah ramai yang berjaya melakukan umrah dengan aman tanpa ada isu berkaitan haid dan sebagainya. Pemeriksaan Pap Smear dan LBC seperti yang saya tulis di entri sebelum ini juga boleh di dapati disini.
Ujian imbasan ultrasound adalah amat popular di klinik ini. Ramai yang datang untuk menjalankan pemeriksaan antenatal dan tidak kurang pula yang hanya datang untuk scan sahaja. Ultrasound bayi termasuklah scan 2D, 3D dan 4D. Detail scan pun boleh dilakukan disini dan ibu hamil hanya perlu dapatkan tarikh temu janji sahaja untuk mendapatkan pemeriksaan tersebut. Gambar-gambar yag di post di blog ini adalah dari koleksi peribadi saya sendiri.
Sebenarnya ramai blogger-blogger yang dikenali ramai telah mendapatkan rawatan antenatal di poliklinik ini. Blogger -blogger yang saya maksudkan ialah Yuyu Zulaikha (kupukupukecik.blogspot.com) dan Dr Raihana ( raihanavanilla.blogspot.com). Terima atas sokongan dan penulisan positif yang di berikan berkenaan perkhidmatan kami.
Selain daripada yang berkaitan dengan wanita, klinik ini juga menyediakan rawatan pesakit luar sperti imunisasi kanak-kanak dan umrah serta ujian-ujian darah yang diselenggarakan oleh dua orang doktor yang berpengalaman luas. Insya Allah mereka sedia membantu bagi menyelesaikan masaalah pesakit yang datang.
Setelah lama berkhidmat di sini, saya amat gembira kerana dapat memberikan perkhimatan yang terbaik kepada para pesakit saya. Mereka pula sentiasa memberi sokongan padu kepada saya setiap masa. Inilah pengalaman dan aset saya yang paling berharga.

Wednesday, 21 October 2015
Bagaimana saya mengurangkan tekanan atau stress
Entri 3
Teks : Fadzilah Abdul Jalil
Foto: Fadzilah Abdul Jalil
Setiap orang akan menghadapi stress. Tekanan di tempat kerja, dirumah dan dimana saja. Cara mereka mengatasi tekanan berbeza beza mengikut latar belakang masing masing. Sebagai seorang yang beragama Islam semestinya kita menambahkan amal ibadat dan mengadu kepada Allah S.W.T. Mohon agar dilapangkan dada dan dipermudahkan jalan bagi kita mngatasi masaalah yang tiba. Bagi saya, selain dari berkongsi masaalah dengan mereka yang rapat, melancong ketempat tempat yang mendamaikan juga akan mengurangkan tekanan atau stress. Saya akan duduk di tepi pantai dan berfikir panjang dan dalam dalam tentang permasalahan saya.
Subhanallah. Maha suci Allah yang menjadikan alam semesta. Saya rasa begitu kerdil sekali. Apa lah sangat stress atau tekanan ini jika dibandingkan dengan kekuasaan Allah. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Berserah pada Allah yang Maha Kuasa. Alhamdulillah, saya berasa lega.
Teks : Fadzilah Abdul Jalil
Foto: Fadzilah Abdul Jalil
Setiap orang akan menghadapi stress. Tekanan di tempat kerja, dirumah dan dimana saja. Cara mereka mengatasi tekanan berbeza beza mengikut latar belakang masing masing. Sebagai seorang yang beragama Islam semestinya kita menambahkan amal ibadat dan mengadu kepada Allah S.W.T. Mohon agar dilapangkan dada dan dipermudahkan jalan bagi kita mngatasi masaalah yang tiba. Bagi saya, selain dari berkongsi masaalah dengan mereka yang rapat, melancong ketempat tempat yang mendamaikan juga akan mengurangkan tekanan atau stress. Saya akan duduk di tepi pantai dan berfikir panjang dan dalam dalam tentang permasalahan saya.
Sambil menemani anak anak bermain layang layang ,saya akan memandang kelangit . Kelihatan langit luas terbentang di depan saya.
Tuesday, 20 October 2015
Salam perkenalan
Teks: Fadzilah Abdul Jalil
Foto : Fadzilah Abdul Jalil
Assalamualaikum dan salam perkenalan,
Alhamdulillah , bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnia dan nikmat nya dapat juga saya memulakan blog mengenai penjagaan kesihatan wanita khususnya wanita hamil . Profesyen sebagai doktor yang lebih berminat kepada merawat wanita terutama wanita hamil atau mengalami gangguan haid membuatkan saya teruja untuk berkongsi pengetahuan yang ada . Jangan keliru ye. Saya bukan doktor pakar. Cuma doktor perubatan yang mempunyai minat dan pengalaman yang meluas dalam bidang sakit puan dan ultrasonography.
Saya anak sulung dari 4 orang adik beradik .Berasal dari Muar, Johor .Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Abu Bakar kemudian ke Sek Men Sultan Abu Bakar Muar. Dari situ saya berpeluang melanjutkan pelajaran ke Asasi Sains UM dan kemudian di tawarkan untuk mengikuti Ijazah Perubatan selama 5 tahun . Saya lulus dengan mendapat gelaran doktor perubatan pada tahun1994. Sejak dari itu bermulalah karier saya memberikan perkhidmatan kepada pesakit. Saya ditugaskan di Hospital Besar Sultanah Fatimah Muar sebagai doktor pelatih selama setahun dan kemudian bepindah ke Kuala Lumpur untuk bertugas di Hospital UKM Cheras. Atas sebab yang tidak dapat di elakkan saya terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerajaan pada tahun 1996.
Berehat sejenak dari dunia pekerjaan selama beberapa bulan sahaja, kemudian saya ditawarkan bertugas di Hospital Pusrawi sebagai doktor wad bersalin dan kemudian ke Kajang Plaza Medical Center. Sekarang masih lagi bertugas sebagai doktor wanita di Bandar Baru Bangi.
Dikurniakan suami yang amat penyayang dan sentiasa memberi galakan beserta tiga orang puteri dan seorang putera yang cerdik sudah cukup membuatkan saya merasa puas dan bersyukur dengan semua kurniaan allah. Semoga dengan adanya blog ini saya dapat memberikan serba sedikit maklumat tentang penjagaan kesihatan wanita dan selain dari itu berkongsi pengalaman hidup, mempelajari ilmu kewangan dan seterusnya menimba pengalaman melalui penulisan di blog. Moga kita semua akan mendapat manfaaat dari perkongsian ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)