family

family

Pages

Wednesday 28 October 2015

Pengalaman Wad Bersalin Hospital Muar 1995-1997

Entri 10
29.10.2015

Teks : Fadzilah Abdul Jalil

Di pagi yang tak berapa sibuk ini, teringat pulak waktu saya bertugas di hospital Muar sebagai doktor wad bersalin. Sesungguhnya walau dimana pun saya bertugas, baik wad bersalin kerajaan mahu pun swasta, ukhwah yang terjalin dikalangan staf amat erat. Wad bersalin sentiasa meriah siang dan malam menerima pesakit.

 Pada zaman saya dahulu doktor pelatih tidak ramai. Dalam satu malam dua doktor pelatih bertugas(on - call). Kekerapan on-call ialah setiap 2 hari. Satu di bilik bersalin dan satu di wad gynae (sakit puan ) merangkap stand-by untuk kes OT(pembedahan). Kalau ramai pesakit yang terpaksa dibedah, doktor akan terperap di bilik OT mulai jam 8 pagi hinggalah 8 pagi keesokan hari. Memang tak tengok matahari lah jawabnya. Makan, solat, rehat semuanya dalam Dewan Bedah. Doktor yang bertugas di bilik bersalin pula akan bertugas menyambut kelahiran ibu anak sulung dan kelahiran bermasaalah seperti vakum,forsep dan sebagainya. Kes yang lain akan disambut oleh bidan dan staf nurse bertauliah. Sambil menyambut kelahiran, doktor juga perlu melihat pesakit yang baru masuk dan membuat pemeriksaan serta memberikan rawatan lanjut. Memang tak menang tangan dibuatnya kalau on-call . Stress tu tak payah ceritalah.

 Walau penat dan sebagainya, disebabkan staf wad bersalin adalah amat berpengalaman, otai-ota gitu, tugas saya sentiasa dibantu dan ditunjuk ajar oleh staf nurse dan bidan. Ini menjadikan kerja lebih mudah dan cepat siap. Kalau bab menjahit luka episiotomi tu, memang bidan dan staf nurse lebih cekap.Tutup mata pun boleh agaknye. Saya banyak belajar dari mereka. Selain dari membantu para doktor bekerja, staf wad bersalin  ada cara mereka tersendiri untuk bergembira dengan tugas mereka walau pun tugas membantu kelahiran ini amat tinggi risiko nya. Dalam jam 2 atau3 pagi di mana kes -kes di bilik bersalin mulai reda dan hampir selesai semuanya, mulalah kakak-kakak ini mengeluarkan juadah masing-masing. Ada yang bawa nasi lemak, kuih-kuih, ubi rebus dan sambal tumis. Yang buat mee sup dalam periuk nasi letrik pun ada. Saya pun apa lagi, seronoklah menjamu selera bersama-sama mereka. Inilah atur-cara mereka saban malam. Memang tak sempat nak tidur punya. Lepas makan sambung merawat pesakit di wad pulak terutama kes yang ada komplikasi. Ada malam yang tak sibuk dan ada malam yang terlalu sibuk dengan kes. Saya teringat pada suatu malam saya on-call di wad bersalin . Dalam satu malam ada 20 kes baru yang masuk ,yang bersalin pulak silih berganti keluar masuk bilik bersalin. Amat meriah pada malam tu.  Waktu itu hampir ke jam 3 pagi. Saya sedang khusyuk menulis laporan pesakit di kaunter pendaftaran dengan fail yang melambak yang perlu di kemaskini mengelilingi saya. Tiba-tiba ada orang mengetuk pen di meja . Rupa nya entah bila masa saya tak sedar telah tertidur lena dengan menyembamkan muka di atas fail pesakit. " Mengantuk ye, banyak kes malam ini".Saya terkejut dengar suara tu. Saya pusing ke kanan dan jelas didepan mata, tuan Pengarah Hospital Muar Dr Hj Arbain dan pembantu beliau serta beberapa orang ketua unit berdiri sambl tersenyum. Mak !!! Malunye!!! . Sepantas kilat saya bangun sambil betulkan tudung." Maaf ,saya tak sengaja terlelap". Dr Arbain senyum aje sambil berkata " penat, memanglah , selamat bertugas doktor". Beliau berlalu keluar bersama -sama pegawai yang lain. Rupa-rupanya malam itu ialah waktu pengarah melakukan spot-check ke wad - wad di sekitar hospital. Sememangnya beliau adalah bos yang amat berdedikasi. Nasib saya kurang baik tertidur pulak semasa beliau datang.

Itulah sedikit sebanyak cerita wad bersalin Hospital Muar yang masih saya ingat walau pun sudah hampir 20 tahun berlalu. Wajah -wajah staf nurse, bidan yang banyak membantu saya masih kekal diminda . Cuma saya sudah lupa nama mereka. Al maklumlah, sel-sel otak tak berapa nak berhubung. Apa-apa pun, saya amat berterima kasih kepada mereka semua. Banyak yang saya belajar dari mereka. Terima kasih dari hati.

3 comments:

  1. Saya juga banyak teringat pengalaman semasa bekerja diHospital Muar (skrg ni HPSF). I think it is one of the best hospital for learning at that time.

    ReplyDelete
  2. Saya juga banyak teringat pengalaman semasa bekerja diHospital Muar (skrg ni HPSF). I think it is one of the best hospital for learning at that time.

    ReplyDelete