family

family

Pages

Showing posts with label Tips Untuk Wanita. Show all posts
Showing posts with label Tips Untuk Wanita. Show all posts

Sunday, 1 November 2015

Datang haid sewaktu ingin mengerjakan umrah.

Entri 12
01.11.2015
Teks: Fadzilah Abdul Jalil
Foto: Fadzilah Abdul Jalil


Tarikh pergi umrah, 20.12.2015. Jom tengok kalendar haid di telefon pintar. Alamak!, haid jatuh betul -betul pada minggu tersebut. Macam mana ni, tak dapat buat ibadah umrah . Rugilah macam ni.
Pernah tak anda mngalami situasi tersebut. Jangan tak percaya, saya sendiri mengalaminya. Tiga tahun lepas saya telah pergi menunaikan iba
ah umrah bersama suami. Seperti biasa, kami pergi ke agensi perkhidmatan umrah iaitu Andalusia  Travel and services lima bulan sebelum tarikh berlepas.
Pada mulanya saya amat yakin yang pada tarikh tersebut haid saya sudah selesai. Tetapi alangkah risau saya kerana sebulan sebelum tarikh berlepas saya dapati haid akan jatuh pada hari penerbangan dan akan berterusan sepanjang saya di tanah suci. Macam mana ni?

Biasanya sekiranya kita tahu haid akan jatuh pada waktu berlepas, wanita akan dinasihatkan untuk mengambil hormon secara bulanan berturut-turut selama 2 bulan. Doktor akan membantu membuat kiraan berdasarkan tarikh haid terakhir dan kitaran individu. Untuk pengambilan hormon pada waktu yang hampir dngan tarikh umrah, wanita akan mengalami risiko dimana darah haid masih keluar walau diiringi dengan pengambilan hormon. Saya memang tidak suka akan pengambilan ubat yang berterusan untuk berminggu -minggu. Akhirnya, saya menemui satu cara yang amat berkesan iaitu pengambilan hormon secara berkala tapi untuk jangka pendek. Selain dari pengambilan hormon secara berkala, saya memohon suami supaya sama-sama berdoa agar saya mampu melakukan semua ibadah yang wajib dan sunat. Dengan berbekalkan doa yang di beri oleh uztaz sewaktu kursus umrah juga, saya mulakan pemgambilan hormon tersebut. Yang bagusnya saya tak perlu ambil untuk jangka masa yang panjang. Cukup sehingga semua ibadah selesai.

Alhamdulillah, dua minggu berlalu dan ibadah umrah dapat dilakukan dengan jayanya. Saya berhenti memakan ubat tersebut sehari sebelum berlepas pulang dan haid datang pada hari pertama saya berada di tanah air. Syukur alhamdulillah. Itulah dia DOA, USAHA DAN TAWAKAL. Kejayaan pasti milik kita.

Mulai hari itu saya mula yakin untuk memberikan nasihat kepada wanita yang ingin menunaikan umrah dan menghadapi masalah yang sama seperti saya. Dengan pengiraan yang betul, pengambilan ubat mengikut peraturan, DOA dan selebihnya TAWAKAL. Cara ini terbukti mambantu menunda haid anda sehingga selesai ibadah .

Thursday, 29 October 2015

POLIKLINIK UKM KESIHATAN DAN SAYA

Entri 11

1.11.2015

Teks : Fadzilah Abdul Jalil
Foto: Fadzilah Abdul Jalil


  Pejam celik, tak sedar telah hampir 8 tahun saya bekerja disini, Poliklinik UKM Kesihatan. Klinik ini berada berdekatan stesyen Petronas seksyen 15. Jiran kami ialah kedai RiziBiz yang menjual berbagai jamu termasuk produk terlajak laris. Kawasan ini 8 tahun dahulu agak sunyi. Tetapi sejak 5 tahun yang kebelakangan, ianya menjadi pusat komersial yang popular di Bandar Baru Bangi lebih -lebih lagi dengan kehadiran Pusat Komersial Bangi Gateway dan juga Hotel Butik disini. Tak hairanlah kawasan ini menjadi semakin sibuk dengan kenderaan keluar masuk .







Klinik ini ditubuhkan pada tahun 2005 oleh anak syarikat UKM Holding iaitu UKM Kesihatan. Di awal pembukaan hanya ada seorang sahaja doktor yang bertugas merawat pesakit. Sekarang ini tiga orang doktor akan bertugas serentak untuk memberikan perkhidmatan kepada pesakit. Kami beroperasi 24 jam. Saya pula bertugas memberikan rawatan di klinik Wanita dimana kebanyakan pesakit adalah ibu hamil. Selain dari pemeriksaan antenatal saya juga memberikan nasihat berkenaan sakit puan, perancang keluarga dan apa sahaja yang ingin dikongsi oleh wanita. Ramai juga yang berjumpa saya untuk pengaturan haid sewaktu ingin menjalani ibadah umrah. Alhamdulillah ramai yang berjaya melakukan umrah dengan aman tanpa ada isu berkaitan haid dan sebagainya. Pemeriksaan Pap Smear dan LBC seperti yang saya tulis di entri sebelum ini juga boleh di dapati disini.

 Ujian imbasan ultrasound adalah amat popular di klinik ini. Ramai yang datang untuk menjalankan pemeriksaan antenatal dan tidak kurang pula yang hanya datang untuk scan sahaja. Ultrasound bayi termasuklah scan 2D, 3D dan 4D. Detail scan pun boleh dilakukan disini dan ibu hamil hanya perlu dapatkan tarikh temu janji sahaja untuk mendapatkan pemeriksaan tersebut. Gambar-gambar yag di post di blog ini adalah dari koleksi peribadi saya sendiri.

Sebenarnya ramai blogger-blogger yang dikenali ramai telah mendapatkan rawatan antenatal di poliklinik ini. Blogger -blogger yang saya maksudkan ialah  Yuyu Zulaikha (kupukupukecik.blogspot.com) dan Dr Raihana ( raihanavanilla.blogspot.com). Terima atas sokongan dan penulisan positif yang di berikan berkenaan  perkhidmatan kami.

Selain daripada yang berkaitan dengan wanita, klinik ini juga menyediakan rawatan pesakit luar sperti imunisasi kanak-kanak dan umrah serta ujian-ujian darah yang diselenggarakan oleh dua orang doktor yang berpengalaman luas. Insya Allah mereka sedia membantu bagi menyelesaikan masaalah pesakit yang datang.

Setelah lama berkhidmat di sini, saya amat gembira kerana dapat memberikan perkhimatan yang terbaik kepada para pesakit saya. Mereka pula sentiasa memberi sokongan padu kepada saya setiap masa. Inilah pengalaman dan aset saya yang paling berharga.


Tuesday, 27 October 2015

PAP SMEAR OHHH PAP SMEAR

Entri 8

Teks : Fadzilah Abdul Jalil
Foto: Fadzilah Abdul Jalil (Koleksi Peribadi)


Pap smear ohhh pap smear . Mesti ramai yang mengeluhkan bila fikir tentang ujian ni. Kat mana nak buat. Dengan siapa nak buat. Sakit ke. Lama ke. Isyhh, macam macam yang bermain di minda. Sebagaimana yang diketahui umum ujian pap smear adalah untuk deteksi sel sel tak normal/ sel kanser dipangkal rahim atau servik .Ia boleh juga mengesan jangkitan bakteria kulat dan yang terbaru pengesanan HPV virus yang menyebabkan kanser servik.

 Lazimnya ada dua jenis pemeriksaan pangkal rahim yang boleh dilakukan . Cara pertama ialah mengambil contoh sel pangkal rahim dam kemudiannya di calitkan dengan sempura pada slaid kaca. Ini adalah cara pap smear konvensional. Biasa dilakukan di klinik - klinik kerajaan.



Cara kedua ialah dengan menggunakan LBC (Liquid Based Cytology). Di tempat saya, pesakit lebih digalakkan  menggunakan cara ini. Kenapa? Ini adalah kerana kebolehan pengesanan sel tak normal adalah lebih tinggi berbanding ujian pap smear biasa.  Disamping itu pesakit juga boleh melakukan pengesanan virus HPV melalui cara ini. Senangkan. Dua dalam satu gitu. Jadi saya syorkan anda bertanyakan tentang ujian LBC di klinik anda . Untuk keterangan lanjut tentang bagaimana ujian itu dilakukan boleh tanya pak cik google ye.



Kalau nak jumpa saya, datanglah ke Poliklinik UKM Kesihatan, Seksyen 15  Bandar Baru Bangi . Saya sedia membantu.


"Malu!. Malulah nak jumpa doktor semata - mata nak buat pap smear. Kalau nak bersalin tu lainlah.". Itu ayat biasa yang saya terima apabila pesakit di minta melakukan ujian ini atas sebab -sebab tertentu. Sebenarnya dipasaran sekarang ada kit D.I.Y untuk ambil sampel pangkal rahim sendiri. Bestkan. Tak payah mengadap sesiapa. Sekiranya ada di antara diantara anda yang inginkan kit tersebut boleh telefon tempat saya ye .




Kalau nak cerita pasal kanser servik dan pap smear ni memang boleh buat buku . Saya high-light mana yang perlu sahaja. Jadi untuk memahami dengan lebih lanjut anda boleh rujuk ke web-site perubatan yang bertauliah atau wikipedia . Selamat menimba ilmu.

Tuesday, 20 October 2015

Salam perkenalan

Teks: Fadzilah Abdul Jalil
Foto : Fadzilah Abdul Jalil

Assalamualaikum dan salam perkenalan,

Alhamdulillah , bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnia dan nikmat nya dapat juga saya memulakan blog mengenai penjagaan kesihatan wanita khususnya wanita hamil . Profesyen sebagai doktor yang lebih berminat kepada merawat wanita terutama wanita hamil atau mengalami gangguan haid membuatkan saya teruja untuk berkongsi pengetahuan yang ada . Jangan keliru ye. Saya bukan doktor pakar. Cuma doktor perubatan yang mempunyai minat dan pengalaman yang meluas dalam bidang sakit puan dan ultrasonography.

Saya anak sulung dari 4 orang adik beradik .Berasal dari Muar, Johor .Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Abu Bakar kemudian ke  Sek Men Sultan Abu Bakar Muar. Dari situ saya berpeluang melanjutkan pelajaran ke Asasi Sains UM dan kemudian di tawarkan untuk mengikuti Ijazah Perubatan selama 5 tahun . Saya lulus dengan mendapat gelaran doktor perubatan pada tahun1994. Sejak dari itu bermulalah karier saya memberikan perkhidmatan kepada pesakit. Saya ditugaskan di Hospital Besar Sultanah Fatimah Muar sebagai doktor pelatih selama setahun dan kemudian bepindah ke Kuala Lumpur untuk bertugas di Hospital UKM Cheras. Atas sebab yang tidak dapat di elakkan saya terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti kerja  kerajaan pada tahun 1996.

Berehat sejenak dari dunia pekerjaan selama beberapa bulan sahaja, kemudian saya ditawarkan bertugas di Hospital Pusrawi sebagai doktor wad bersalin dan kemudian  ke Kajang Plaza Medical Center. Sekarang masih lagi bertugas sebagai doktor wanita di Bandar Baru Bangi.

Dikurniakan suami yang amat penyayang dan sentiasa memberi galakan beserta tiga orang puteri dan seorang putera yang cerdik sudah cukup membuatkan saya merasa puas dan bersyukur dengan semua kurniaan allah. Semoga dengan adanya blog ini saya dapat memberikan serba sedikit maklumat tentang penjagaan kesihatan wanita dan selain dari itu berkongsi pengalaman hidup, mempelajari ilmu kewangan dan seterusnya menimba pengalaman melalui penulisan di blog. Moga kita semua akan mendapat manfaaat dari perkongsian ini.