family

family

Pages

Showing posts with label Penjagaan Kesihatan Ibu Mengandung. Show all posts
Showing posts with label Penjagaan Kesihatan Ibu Mengandung. Show all posts

Wednesday, 4 November 2015

Keperluan air untuk wanita hamil

Entri 14


4.11.2015

Teks : Fadzilah Abdul Jalil

Foto : Fadzilah Abdul Jalil

Wanita amat perlu memastikan yang mereka mengambil cukup air setiap hari.Wanita hamil perlu mengambil sekurang- kurang nya 8 gelas sehari sebagaimana yang disarankan dan sebaik nya lebih sedikit dari keperluan biasa. Kenapa?

Air amat diperlukan untuk penyebaran dan penyerapan zat dan nutrisi dari ibu ke bayi. Penyerapan vitamin larut air  seperti asid ascorbik,asid nikotinik , b12 dan b6 sudah tentu memerlukan air. Pengmbilan air yang mencukupi juga akan mengelakkan dari wanita mengalami kelahiran pra matang.

Dengan air yang cukup .wanita hamil juga dapat mengelak dari mengalami buasir, najis keras dan kencing kotor. Lihatlah betapa pentingnya air.

Walau bagaimana pun perlu diingatkan bahawa wanita hamil perlu mengurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kafin dan yang berkalori tinggi. Kafin akan mengurangkan penyerapan zat besi dan menyukarkan rawatan anaemia manakala pengambilan kalori tinggi dalam minuman boleh menggalakkan diabetes waktu mengandung. Wanita hamil juga perlu memastikan minuman yang diambil telah dimasak terlebih dahulu, susu yang dipasteur sahaja yang diminum dan jus buah diambil dari buah yang dicuci bersih.

Akhir sekali, anggapan kaki bengkak waktu hamil disebabkan minum air banyak adalah tidak benar. Sebaliknya minum air lebih sedikit boleh membantu. Wanita yang menyusukan juga perlu minum air yang cukup tetapi mitos mengatakan minum air banyak susu pun boleh banyak adalah tidak benar.

Akhir sekali nasihat saya buat ibu hamil ,minum air yang cukup tetapi jangan lah berlebihan pula kerana ia pun boleh mendatangkan bahaya. Tanda badan kita tak cukup air ialah kita rasa haus. Pengambilan air yang mencukupi akan membantu wanita hamil menjalani hari -hari yang mendatang dengan lebih sihat dan cergas.

Saturday, 24 October 2015

Awal kehamilan (trimester pertama ) Bahagian 1

Entri 5

Teks: Fadzilah Abdul Jalil
Foto : Fadzilah Abdul Jalil

Kita sambung cerita dari entri tempoh hari ye. Bila anda mengetahui yang anda sudah mengandung, perkara yang harus dilakukan selepas itu adalah

1. Pergi ke klinik berdekatan dan berjumpa dengan doktor. Pada masa ini doktor akan membantu anda dengan mengira tarikh dijangka bersalin sebagaimana yang saya cerita dalam entri terdahulu. Boleh rujuk entri 2 saya.  Jadi bolehlah anda berkira- kira untuk melakukan perancangan masa depan. Contohnya jika pelajar , bolehlah mengagak sama ada waktu bersalin jatuh pada bulan peperiksaan. jika ia berlaku mereka boleh berbincang dengan pihak akademik untuk cuti bersalin, tangguh semester dan sebagainya. Percutian keluarga juga boleh di tempah tanpa was-was supaya tidak dilakukan waktu kandungan sudah menjangkau melebihi 8 bulan. Perkara ini amat penting.

Selain dari tarikh EDD , doktor juga akan memberikan Folik Acid sebagai vitamin tambahan . Ini penting untuk mengelakkan dari kecacatan yang melibatkan sistem saraf seperti spina bifida,
Disini saya ingin beritahu bahawa Folik Asid bukanlah suplemen yang boleh membantu anda untuk cepat mengandung seperti yang di fahami oleh sesetengah orang. Ianya TAK ada kaitan langsung,

Selepas itu doktor akan memberi tarikh temu janji akan datang supaya pemeriksaan ultrasound dapat dilakukan. Ini untuk memastikan bayi membesar mengikut tarikh dan kedudukannya betul didalam rahim. Doktor juga memastikan bahawa tiada cyst in ovari atau fibroid di badan rahim yang mungkin boleh mengganggu perkembangan bayi..

2. Tukar kasut yang anda pakai kepada yang lebih rendah tumitnya dan lebih lembut serta selesa. Ini untuk memastikan anda tidak jatuh atau tercedera apabila sedang mengandung. Saya ada pengalaman dimana seorang pesakit saya ini 4 kali terjatuh semasa mengandung dan kali keempat jatuh , belaiu mengalami retak tulang kaki. Masya Allah. Tepuk dahi saya. Saya tanya kenapa jadi begini. Beliau mengatakan beliau suka pakai kasut tinggi dan tak biasa berkasut tumit rendah. Jadi beliau selalu hilang pertimbangan badan. Syukur lah, kandungannya tak apa apa.

3. Pakai pakaian yang longgar dan menyerap peluh  .Tukar pakaian dalam kepada yang lebih lembut dan selesa. Jangan memakai korset dan sebagainya. Anda akan mengalami perubahan bentuk badan yang drastik selepas ini.

4. Atur perjalanan jauh anda. Pada 3 bulan pertama adalah waktu kritikal untuk perlekatan bayi ke rahim ibu. Oleh itu tidak digalakkan melakukan perjalanan jauh sekiranya tiada keperluan besar seperti perkahwinan . perayaan dan kematian . Anda boleh tunda percutian yang lain selepas kandungan melepasi 3 bulan.







5. Jaga pemakanan anda. Pada waktu 4 hingga 6 minggu kebanyakan orang tidak akan merasa loya atau muntah tetapi bila kandungan menjangkau ke 7-11 minggu ,ramai akan mengalami loya atau muntah yang teruk. Ada yang terpaksa dimasukkan ke wad kerana langsung tak boleh makan. Ini perkara biasa. Nasihat saya sekiranya muntah , elakkan dari makan makanan yang bersusu dahulu, berminyak,pedas dan berlemak kerana makanan ini akan menyebabkan pengeluaran asid perut berlebihan. Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan ubat tahan muntah. Jangan risau ubat tersebut selamat untuk dimakan.

6. Akhir sekali, berhati- hati lah dengan apa yang anda makan terutamanya ubat. Sentiasa beritahu doktor yang anda mengandung jika ke klinik untuk mendapat rawatan tentang masaalah lain. Kebanyakan ubatan biasa memang boleh diambil oleh ibu mengandung tetapi ada bebarapa ubat yang jika di ambil akan menyebabkan kecacatan atau keguguran.

Ingat ye . Tiga bulan pertama ini ialah waktu dimana bayi membesar dan membentuk semua organ organ penting . Diwaktu ini juga bayi masih lemah kerana uri masih dalam proses untuk membesar dan melekat dengan baik.

 Saya akan sambung pula tentang perkembangan bayi di waktu 3 bulan pertama atau trimester pertama ini di entri akan datang. Teruskan membaca.

Tuesday, 20 October 2015

Salam perkenalan

Teks: Fadzilah Abdul Jalil
Foto : Fadzilah Abdul Jalil

Assalamualaikum dan salam perkenalan,

Alhamdulillah , bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnia dan nikmat nya dapat juga saya memulakan blog mengenai penjagaan kesihatan wanita khususnya wanita hamil . Profesyen sebagai doktor yang lebih berminat kepada merawat wanita terutama wanita hamil atau mengalami gangguan haid membuatkan saya teruja untuk berkongsi pengetahuan yang ada . Jangan keliru ye. Saya bukan doktor pakar. Cuma doktor perubatan yang mempunyai minat dan pengalaman yang meluas dalam bidang sakit puan dan ultrasonography.

Saya anak sulung dari 4 orang adik beradik .Berasal dari Muar, Johor .Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Abu Bakar kemudian ke  Sek Men Sultan Abu Bakar Muar. Dari situ saya berpeluang melanjutkan pelajaran ke Asasi Sains UM dan kemudian di tawarkan untuk mengikuti Ijazah Perubatan selama 5 tahun . Saya lulus dengan mendapat gelaran doktor perubatan pada tahun1994. Sejak dari itu bermulalah karier saya memberikan perkhidmatan kepada pesakit. Saya ditugaskan di Hospital Besar Sultanah Fatimah Muar sebagai doktor pelatih selama setahun dan kemudian bepindah ke Kuala Lumpur untuk bertugas di Hospital UKM Cheras. Atas sebab yang tidak dapat di elakkan saya terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti kerja  kerajaan pada tahun 1996.

Berehat sejenak dari dunia pekerjaan selama beberapa bulan sahaja, kemudian saya ditawarkan bertugas di Hospital Pusrawi sebagai doktor wad bersalin dan kemudian  ke Kajang Plaza Medical Center. Sekarang masih lagi bertugas sebagai doktor wanita di Bandar Baru Bangi.

Dikurniakan suami yang amat penyayang dan sentiasa memberi galakan beserta tiga orang puteri dan seorang putera yang cerdik sudah cukup membuatkan saya merasa puas dan bersyukur dengan semua kurniaan allah. Semoga dengan adanya blog ini saya dapat memberikan serba sedikit maklumat tentang penjagaan kesihatan wanita dan selain dari itu berkongsi pengalaman hidup, mempelajari ilmu kewangan dan seterusnya menimba pengalaman melalui penulisan di blog. Moga kita semua akan mendapat manfaaat dari perkongsian ini.