family

family

Pages

Thursday 29 October 2015

POLIKLINIK UKM KESIHATAN DAN SAYA

Entri 11

1.11.2015

Teks : Fadzilah Abdul Jalil
Foto: Fadzilah Abdul Jalil


  Pejam celik, tak sedar telah hampir 8 tahun saya bekerja disini, Poliklinik UKM Kesihatan. Klinik ini berada berdekatan stesyen Petronas seksyen 15. Jiran kami ialah kedai RiziBiz yang menjual berbagai jamu termasuk produk terlajak laris. Kawasan ini 8 tahun dahulu agak sunyi. Tetapi sejak 5 tahun yang kebelakangan, ianya menjadi pusat komersial yang popular di Bandar Baru Bangi lebih -lebih lagi dengan kehadiran Pusat Komersial Bangi Gateway dan juga Hotel Butik disini. Tak hairanlah kawasan ini menjadi semakin sibuk dengan kenderaan keluar masuk .







Klinik ini ditubuhkan pada tahun 2005 oleh anak syarikat UKM Holding iaitu UKM Kesihatan. Di awal pembukaan hanya ada seorang sahaja doktor yang bertugas merawat pesakit. Sekarang ini tiga orang doktor akan bertugas serentak untuk memberikan perkhidmatan kepada pesakit. Kami beroperasi 24 jam. Saya pula bertugas memberikan rawatan di klinik Wanita dimana kebanyakan pesakit adalah ibu hamil. Selain dari pemeriksaan antenatal saya juga memberikan nasihat berkenaan sakit puan, perancang keluarga dan apa sahaja yang ingin dikongsi oleh wanita. Ramai juga yang berjumpa saya untuk pengaturan haid sewaktu ingin menjalani ibadah umrah. Alhamdulillah ramai yang berjaya melakukan umrah dengan aman tanpa ada isu berkaitan haid dan sebagainya. Pemeriksaan Pap Smear dan LBC seperti yang saya tulis di entri sebelum ini juga boleh di dapati disini.

 Ujian imbasan ultrasound adalah amat popular di klinik ini. Ramai yang datang untuk menjalankan pemeriksaan antenatal dan tidak kurang pula yang hanya datang untuk scan sahaja. Ultrasound bayi termasuklah scan 2D, 3D dan 4D. Detail scan pun boleh dilakukan disini dan ibu hamil hanya perlu dapatkan tarikh temu janji sahaja untuk mendapatkan pemeriksaan tersebut. Gambar-gambar yag di post di blog ini adalah dari koleksi peribadi saya sendiri.

Sebenarnya ramai blogger-blogger yang dikenali ramai telah mendapatkan rawatan antenatal di poliklinik ini. Blogger -blogger yang saya maksudkan ialah  Yuyu Zulaikha (kupukupukecik.blogspot.com) dan Dr Raihana ( raihanavanilla.blogspot.com). Terima atas sokongan dan penulisan positif yang di berikan berkenaan  perkhidmatan kami.

Selain daripada yang berkaitan dengan wanita, klinik ini juga menyediakan rawatan pesakit luar sperti imunisasi kanak-kanak dan umrah serta ujian-ujian darah yang diselenggarakan oleh dua orang doktor yang berpengalaman luas. Insya Allah mereka sedia membantu bagi menyelesaikan masaalah pesakit yang datang.

Setelah lama berkhidmat di sini, saya amat gembira kerana dapat memberikan perkhimatan yang terbaik kepada para pesakit saya. Mereka pula sentiasa memberi sokongan padu kepada saya setiap masa. Inilah pengalaman dan aset saya yang paling berharga.


8 comments:

  1. Doctor Fazi, Blog yang bermanafaat dan sangat membantu. Teruskan ber'blog

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana memberi semangat kepada saya . Insya Allah saya akan buat sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  3. salam Dr... boleh sy tahu detail scan 3d4d brapa ye? Malam buka x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. puan boleh call poliklimik dan dapatkan appointment. insya allah.

      Delete
    2. puan boleh call poliklimik dan dapatkan appointment. insya allah.

      Delete
  4. Salam Dr. Boleh saya tahu Poliklinik UKM masih sediakan perkhidmatan vaksin HPV atau tidak? Tadi ( 17/4/2016, pukul 9.00 malam) saya ada bertanya di kaunter pendaftaran. Tapi katanya dah tak sediakan, saya jadi keliru sendiri. Baca kat blog Dr. ade pula.

    ReplyDelete
  5. Salam Dr. Blh sy tahu masih ada kekosongan jururawat berdaftar tak di poliklinik ukm kesihatan? Kalau ada, sy berminat.

    ReplyDelete
  6. Salam Dr. Blh sy tahu masih ada kekosongan jururawat berdaftar tak di poliklinik ukm kesihatan? Kalau ada, sy berminat.

    ReplyDelete