Entri 13
3.11.2015
Teks : Fadzilah Abdul Jalil
Foto : Fadzilah Abdul Jalil
Sekarang ni hujan lebat di luar sana. Sesekali langit berdentum dengan kilat sabung menyabung. Ingatan saya terimbau sewaktu bekerja di Kajang Plaza Medical Center. Sebelum bertugas di Poliklinik UKM Kesihatan, saya bekerja di Kajang Plaza Medical Center dari tahun 2000-2008. Sebuah hospital yang sederhana, mula beroperasi dengan keadaan yang amat sederhana pada tahun 2000. Doktor Jamil Sharif merupakan pengasas penubuhan hospital ini. Saya selaku pembantu kepada beliau merasa berbesar hati menjadi sebahagian doktor dan staf yang bekerja diwaktu mula-mula pembukaan KPMC Kajang. Masih terbayang waktu mula -mula hospital dibuka. Pesakit belum ramai lagi. Mereka masih tertanya -tanya hospital apakah ini dan siapa empunyanya. Walau pun saya hanya menerima gaji pada bulan ke tiga hospital beroperasi, saya berasa amat gembira, seronok dan puas. Terasa teruja untuk bekerja keras bagi memastikan KPMC berkembang dan maju serta berjaya. Itulah dia aura KPMC dan CEO nya Dr Jamil pada ketika itu. Bekerja dengan gembira dan tiada tekanan.
Seperti biasa saya pada ketika itu adalah doktor perubatan O&G yang membantu doktor pakar. Disamping klinik yang berjalan setiap hari kecuali khamis dan Ahad,saya perlu menyambut kelahiran bayi, melakukan pemantauan pesakit di wad dan juga on-call selang sehari . Berselang-seli dengan doktor pakar iaitu Dr. Jamil. Saya juga hanya dapat menyambut hari raya tanpa gangguan selang setahun. Jika saya on-call pada hari raya, anak dan suami seakan sudah mengerti dan sudah stand-by untuk sambut hari raya secara ala kadar sahaja. Saya pula tak akan berenggang dengan hand-phone kerana pada bila -bila masa saya boleh dipanggil untuk kelahiran dan kecemasan di hospital. Pendek kata , telefon akan sentiasa melekat dengan saya. Pernah terjadi suatu ketika saya dipanggil untuk menyambut kelahiran dalan hujan lebat jam 4 pagi. Waktu keluar dari rumah terasa cuak . Saya baca doa dan terus meredah hujan dengan kereta. Lampu isyarat pun saya langgar. Bukannya ada kereta pun pagi-pagi. Dalam beberapa minit ,kilat memancar di depan saya dan waktu itu juga satu dahan pokok yang besar ditepi jalan rebah dan melintangi jalan di hadapan kereta saya. Saya mengucap panjang. Terkejut. Nasib baiklah saya bawa kereta comel kelisa . Jadi saya dapat juga melepasi halangan dengan lalu dicelah-celah dahan merimbun itu. Nasib baik juga sempat sampai dan sambut bayi di Labour Room.
Labour Room KPMC Kajang agak berbeza berbanding di Hospital Muar . Bilik lebih eksklusif, jadi suami boleh masuk. Kakitangan wad bersalin pun memang otai seperti Mama Zek dan Kak Min. Kalau mereka ada saya rasa aman sebab saya tahu pesakit saya dijaga oleh bidan yang amat berpengalaman dan boleh dipercayai. Ramai juga staf lain yang banyak pengalaman seperti Staf nurse Mastura dan lain-lain. Maaf lupa dah nama mereka. Ada ketika wad amat sibuk dengan "admission", bersalin, pembedahan dan sebagainya. Meriah. Walau pun saya on-call pada waktu malam, keesokkan harinya saya tetap perlu membuka klinik di sebelah pagi. Memang pagi itu mata akan jadi macam mata panda sebab tak cukup tidur.
Berbeza dengan hospital kerajaan, di hospital swasta pesakit dan doktor mempunyai hubungan yang rapat. Kadang-kadang dah jadi kawan sebab saya menjaga mereka dari waktu UPT "positif" hinggalah mereka dapat mendakap bayi mereka. Bukan seorang anak, malahan ada yang 3 hingga anak ke 4 ,saya juga yang menyambutnya. Sehingga sekarang saya ada juga berjumpa bayi saya sambut bila menghadiri majlis di sekolah-sekolah berdekatan. Rupanya ada yang dah masuk sekolah tadika dan darjah satu. Wah, pantasnya masa berlalu. Terasa diri ini semakin .........muda. Apa-apa pun saya seronok dan bangga. Saya berjaya membantu ibu -ibu melahirkan insan-insan yang insya Allah pada suatu hari nanti akan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.
Dulu dan sekarang sudah amat berbeza. Dr Jamil telah kembali ke rahmatullah pada awal tahun 2015. Pemergian beliau amat di rasai oleh semua staf yang bekerja di KPMC dan semua pesakit beliau. Moga beliau ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.
Pengalaman adalah sesuatu yang tak boleh dibeli dengan wang. Kenangan akan kekal abadi di minda buat selamanya.
Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts

Tuesday, 3 November 2015
Sunday, 1 November 2015
Datang haid sewaktu ingin mengerjakan umrah.
Entri 12
01.11.2015
Teks: Fadzilah Abdul Jalil
Foto: Fadzilah Abdul Jalil
Foto: Fadzilah Abdul Jalil
Tarikh pergi umrah, 20.12.2015. Jom tengok kalendar haid di telefon pintar. Alamak!, haid jatuh betul -betul pada minggu tersebut. Macam mana ni, tak dapat buat ibadah umrah . Rugilah macam ni.
Pernah tak anda mngalami situasi tersebut. Jangan tak percaya, saya sendiri mengalaminya. Tiga tahun lepas saya telah pergi menunaikan iba
ah umrah bersama suami. Seperti biasa, kami pergi ke agensi perkhidmatan umrah iaitu Andalusia Travel and services lima bulan sebelum tarikh berlepas.
Pada mulanya saya amat yakin yang pada tarikh tersebut haid saya sudah selesai. Tetapi alangkah risau saya kerana sebulan sebelum tarikh berlepas saya dapati haid akan jatuh pada hari penerbangan dan akan berterusan sepanjang saya di tanah suci. Macam mana ni?

Biasanya sekiranya kita tahu haid akan jatuh pada waktu berlepas, wanita akan dinasihatkan untuk mengambil hormon secara bulanan berturut-turut selama 2 bulan. Doktor akan membantu membuat kiraan berdasarkan tarikh haid terakhir dan kitaran individu. Untuk pengambilan hormon pada waktu yang hampir dngan tarikh umrah, wanita akan mengalami risiko dimana darah haid masih keluar walau diiringi dengan pengambilan hormon. Saya memang tidak suka akan pengambilan ubat yang berterusan untuk berminggu -minggu. Akhirnya, saya menemui satu cara yang amat berkesan iaitu pengambilan hormon secara berkala tapi untuk jangka pendek. Selain dari pengambilan hormon secara berkala, saya memohon suami supaya sama-sama berdoa agar saya mampu melakukan semua ibadah yang wajib dan sunat. Dengan berbekalkan doa yang di beri oleh uztaz sewaktu kursus umrah juga, saya mulakan pemgambilan hormon tersebut. Yang bagusnya saya tak perlu ambil untuk jangka masa yang panjang. Cukup sehingga semua ibadah selesai.
Alhamdulillah, dua minggu berlalu dan ibadah umrah dapat dilakukan dengan jayanya. Saya berhenti memakan ubat tersebut sehari sebelum berlepas pulang dan haid datang pada hari pertama saya berada di tanah air. Syukur alhamdulillah. Itulah dia DOA, USAHA DAN TAWAKAL. Kejayaan pasti milik kita.
Mulai hari itu saya mula yakin untuk memberikan nasihat kepada wanita yang ingin menunaikan umrah dan menghadapi masalah yang sama seperti saya. Dengan pengiraan yang betul, pengambilan ubat mengikut peraturan, DOA dan selebihnya TAWAKAL. Cara ini terbukti mambantu menunda haid anda sehingga selesai ibadah .
Wednesday, 28 October 2015
Pengalaman Wad Bersalin Hospital Muar 1995-1997
Entri 10
29.10.2015
Teks : Fadzilah Abdul Jalil
Di pagi yang tak berapa sibuk ini, teringat pulak waktu saya bertugas di hospital Muar sebagai doktor wad bersalin. Sesungguhnya walau dimana pun saya bertugas, baik wad bersalin kerajaan mahu pun swasta, ukhwah yang terjalin dikalangan staf amat erat. Wad bersalin sentiasa meriah siang dan malam menerima pesakit.
Pada zaman saya dahulu doktor pelatih tidak ramai. Dalam satu malam dua doktor pelatih bertugas(on - call). Kekerapan on-call ialah setiap 2 hari. Satu di bilik bersalin dan satu di wad gynae (sakit puan ) merangkap stand-by untuk kes OT(pembedahan). Kalau ramai pesakit yang terpaksa dibedah, doktor akan terperap di bilik OT mulai jam 8 pagi hinggalah 8 pagi keesokan hari. Memang tak tengok matahari lah jawabnya. Makan, solat, rehat semuanya dalam Dewan Bedah. Doktor yang bertugas di bilik bersalin pula akan bertugas menyambut kelahiran ibu anak sulung dan kelahiran bermasaalah seperti vakum,forsep dan sebagainya. Kes yang lain akan disambut oleh bidan dan staf nurse bertauliah. Sambil menyambut kelahiran, doktor juga perlu melihat pesakit yang baru masuk dan membuat pemeriksaan serta memberikan rawatan lanjut. Memang tak menang tangan dibuatnya kalau on-call . Stress tu tak payah ceritalah.
Walau penat dan sebagainya, disebabkan staf wad bersalin adalah amat berpengalaman, otai-ota gitu, tugas saya sentiasa dibantu dan ditunjuk ajar oleh staf nurse dan bidan. Ini menjadikan kerja lebih mudah dan cepat siap. Kalau bab menjahit luka episiotomi tu, memang bidan dan staf nurse lebih cekap.Tutup mata pun boleh agaknye. Saya banyak belajar dari mereka. Selain dari membantu para doktor bekerja, staf wad bersalin ada cara mereka tersendiri untuk bergembira dengan tugas mereka walau pun tugas membantu kelahiran ini amat tinggi risiko nya. Dalam jam 2 atau3 pagi di mana kes -kes di bilik bersalin mulai reda dan hampir selesai semuanya, mulalah kakak-kakak ini mengeluarkan juadah masing-masing. Ada yang bawa nasi lemak, kuih-kuih, ubi rebus dan sambal tumis. Yang buat mee sup dalam periuk nasi letrik pun ada. Saya pun apa lagi, seronoklah menjamu selera bersama-sama mereka. Inilah atur-cara mereka saban malam. Memang tak sempat nak tidur punya. Lepas makan sambung merawat pesakit di wad pulak terutama kes yang ada komplikasi. Ada malam yang tak sibuk dan ada malam yang terlalu sibuk dengan kes. Saya teringat pada suatu malam saya on-call di wad bersalin . Dalam satu malam ada 20 kes baru yang masuk ,yang bersalin pulak silih berganti keluar masuk bilik bersalin. Amat meriah pada malam tu. Waktu itu hampir ke jam 3 pagi. Saya sedang khusyuk menulis laporan pesakit di kaunter pendaftaran dengan fail yang melambak yang perlu di kemaskini mengelilingi saya. Tiba-tiba ada orang mengetuk pen di meja . Rupa nya entah bila masa saya tak sedar telah tertidur lena dengan menyembamkan muka di atas fail pesakit. " Mengantuk ye, banyak kes malam ini".Saya terkejut dengar suara tu. Saya pusing ke kanan dan jelas didepan mata, tuan Pengarah Hospital Muar Dr Hj Arbain dan pembantu beliau serta beberapa orang ketua unit berdiri sambl tersenyum. Mak !!! Malunye!!! . Sepantas kilat saya bangun sambil betulkan tudung." Maaf ,saya tak sengaja terlelap". Dr Arbain senyum aje sambil berkata " penat, memanglah , selamat bertugas doktor". Beliau berlalu keluar bersama -sama pegawai yang lain. Rupa-rupanya malam itu ialah waktu pengarah melakukan spot-check ke wad - wad di sekitar hospital. Sememangnya beliau adalah bos yang amat berdedikasi. Nasib saya kurang baik tertidur pulak semasa beliau datang.
Itulah sedikit sebanyak cerita wad bersalin Hospital Muar yang masih saya ingat walau pun sudah hampir 20 tahun berlalu. Wajah -wajah staf nurse, bidan yang banyak membantu saya masih kekal diminda . Cuma saya sudah lupa nama mereka. Al maklumlah, sel-sel otak tak berapa nak berhubung. Apa-apa pun, saya amat berterima kasih kepada mereka semua. Banyak yang saya belajar dari mereka. Terima kasih dari hati.

Tuesday, 20 October 2015
Salam perkenalan
Teks: Fadzilah Abdul Jalil
Foto : Fadzilah Abdul Jalil
Assalamualaikum dan salam perkenalan,
Alhamdulillah , bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnia dan nikmat nya dapat juga saya memulakan blog mengenai penjagaan kesihatan wanita khususnya wanita hamil . Profesyen sebagai doktor yang lebih berminat kepada merawat wanita terutama wanita hamil atau mengalami gangguan haid membuatkan saya teruja untuk berkongsi pengetahuan yang ada . Jangan keliru ye. Saya bukan doktor pakar. Cuma doktor perubatan yang mempunyai minat dan pengalaman yang meluas dalam bidang sakit puan dan ultrasonography.
Saya anak sulung dari 4 orang adik beradik .Berasal dari Muar, Johor .Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Abu Bakar kemudian ke Sek Men Sultan Abu Bakar Muar. Dari situ saya berpeluang melanjutkan pelajaran ke Asasi Sains UM dan kemudian di tawarkan untuk mengikuti Ijazah Perubatan selama 5 tahun . Saya lulus dengan mendapat gelaran doktor perubatan pada tahun1994. Sejak dari itu bermulalah karier saya memberikan perkhidmatan kepada pesakit. Saya ditugaskan di Hospital Besar Sultanah Fatimah Muar sebagai doktor pelatih selama setahun dan kemudian bepindah ke Kuala Lumpur untuk bertugas di Hospital UKM Cheras. Atas sebab yang tidak dapat di elakkan saya terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerajaan pada tahun 1996.
Berehat sejenak dari dunia pekerjaan selama beberapa bulan sahaja, kemudian saya ditawarkan bertugas di Hospital Pusrawi sebagai doktor wad bersalin dan kemudian ke Kajang Plaza Medical Center. Sekarang masih lagi bertugas sebagai doktor wanita di Bandar Baru Bangi.
Dikurniakan suami yang amat penyayang dan sentiasa memberi galakan beserta tiga orang puteri dan seorang putera yang cerdik sudah cukup membuatkan saya merasa puas dan bersyukur dengan semua kurniaan allah. Semoga dengan adanya blog ini saya dapat memberikan serba sedikit maklumat tentang penjagaan kesihatan wanita dan selain dari itu berkongsi pengalaman hidup, mempelajari ilmu kewangan dan seterusnya menimba pengalaman melalui penulisan di blog. Moga kita semua akan mendapat manfaaat dari perkongsian ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)