family

family

Pages

Wednesday 4 November 2015

Keperluan air untuk wanita hamil

Entri 14


4.11.2015

Teks : Fadzilah Abdul Jalil

Foto : Fadzilah Abdul Jalil

Wanita amat perlu memastikan yang mereka mengambil cukup air setiap hari.Wanita hamil perlu mengambil sekurang- kurang nya 8 gelas sehari sebagaimana yang disarankan dan sebaik nya lebih sedikit dari keperluan biasa. Kenapa?

Air amat diperlukan untuk penyebaran dan penyerapan zat dan nutrisi dari ibu ke bayi. Penyerapan vitamin larut air  seperti asid ascorbik,asid nikotinik , b12 dan b6 sudah tentu memerlukan air. Pengmbilan air yang mencukupi juga akan mengelakkan dari wanita mengalami kelahiran pra matang.

Dengan air yang cukup .wanita hamil juga dapat mengelak dari mengalami buasir, najis keras dan kencing kotor. Lihatlah betapa pentingnya air.

Walau bagaimana pun perlu diingatkan bahawa wanita hamil perlu mengurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kafin dan yang berkalori tinggi. Kafin akan mengurangkan penyerapan zat besi dan menyukarkan rawatan anaemia manakala pengambilan kalori tinggi dalam minuman boleh menggalakkan diabetes waktu mengandung. Wanita hamil juga perlu memastikan minuman yang diambil telah dimasak terlebih dahulu, susu yang dipasteur sahaja yang diminum dan jus buah diambil dari buah yang dicuci bersih.

Akhir sekali, anggapan kaki bengkak waktu hamil disebabkan minum air banyak adalah tidak benar. Sebaliknya minum air lebih sedikit boleh membantu. Wanita yang menyusukan juga perlu minum air yang cukup tetapi mitos mengatakan minum air banyak susu pun boleh banyak adalah tidak benar.

Akhir sekali nasihat saya buat ibu hamil ,minum air yang cukup tetapi jangan lah berlebihan pula kerana ia pun boleh mendatangkan bahaya. Tanda badan kita tak cukup air ialah kita rasa haus. Pengambilan air yang mencukupi akan membantu wanita hamil menjalani hari -hari yang mendatang dengan lebih sihat dan cergas.

7 comments:

  1. Assalammualaikum dr. Fadz..sy salah seorg patient doc ms di poliklinik ukm..boleh sy tau doc sekarang bertugas di klinik mana?

    ReplyDelete
  2. waalaikum salam puan Hana. buat masa ini saya masih bercuti rehat. Insya allah akan bekerja semula pada bulan April 2016.

    ReplyDelete
  3. waalaikum salam puan Hana. buat masa ini saya masih bercuti rehat. Insya allah akan bekerja semula pada bulan April 2016.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq reply doc..dr.fadz akan bekerja semula di poliklinik ukm blk ke?

      Delete
    2. Buat masa ini memang tiada perancangan untuk kembali bekerja di Poliklinik UKM. Tempat saya telah pun diganti dengan doktor yang baru. Puan Hana boleh berjumpa beliau untuk mendapatkan rawatan.

      Delete
    3. Buat masa ini memang tiada perancangan untuk kembali bekerja di Poliklinik UKM. Tempat saya telah pun diganti dengan doktor yang baru. Puan Hana boleh berjumpa beliau untuk mendapatkan rawatan.

      Delete
  4. Salam Dr.. Jadi sekarang Dr bertugas dekat klinik mana Dr? Saya datang poliklinik ukm tapi dokter yg baru.

    ReplyDelete