family

family

Pages

Tuesday 20 October 2015

Salam perkenalan

Teks: Fadzilah Abdul Jalil
Foto : Fadzilah Abdul Jalil

Assalamualaikum dan salam perkenalan,

Alhamdulillah , bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnia dan nikmat nya dapat juga saya memulakan blog mengenai penjagaan kesihatan wanita khususnya wanita hamil . Profesyen sebagai doktor yang lebih berminat kepada merawat wanita terutama wanita hamil atau mengalami gangguan haid membuatkan saya teruja untuk berkongsi pengetahuan yang ada . Jangan keliru ye. Saya bukan doktor pakar. Cuma doktor perubatan yang mempunyai minat dan pengalaman yang meluas dalam bidang sakit puan dan ultrasonography.

Saya anak sulung dari 4 orang adik beradik .Berasal dari Muar, Johor .Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Abu Bakar kemudian ke  Sek Men Sultan Abu Bakar Muar. Dari situ saya berpeluang melanjutkan pelajaran ke Asasi Sains UM dan kemudian di tawarkan untuk mengikuti Ijazah Perubatan selama 5 tahun . Saya lulus dengan mendapat gelaran doktor perubatan pada tahun1994. Sejak dari itu bermulalah karier saya memberikan perkhidmatan kepada pesakit. Saya ditugaskan di Hospital Besar Sultanah Fatimah Muar sebagai doktor pelatih selama setahun dan kemudian bepindah ke Kuala Lumpur untuk bertugas di Hospital UKM Cheras. Atas sebab yang tidak dapat di elakkan saya terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti kerja  kerajaan pada tahun 1996.

Berehat sejenak dari dunia pekerjaan selama beberapa bulan sahaja, kemudian saya ditawarkan bertugas di Hospital Pusrawi sebagai doktor wad bersalin dan kemudian  ke Kajang Plaza Medical Center. Sekarang masih lagi bertugas sebagai doktor wanita di Bandar Baru Bangi.

Dikurniakan suami yang amat penyayang dan sentiasa memberi galakan beserta tiga orang puteri dan seorang putera yang cerdik sudah cukup membuatkan saya merasa puas dan bersyukur dengan semua kurniaan allah. Semoga dengan adanya blog ini saya dapat memberikan serba sedikit maklumat tentang penjagaan kesihatan wanita dan selain dari itu berkongsi pengalaman hidup, mempelajari ilmu kewangan dan seterusnya menimba pengalaman melalui penulisan di blog. Moga kita semua akan mendapat manfaaat dari perkongsian ini.






1 comment:

  1. Hello admin :) Salam pekenalan. Anyway, free2 jemput datang blog i utk info2 kekal fit dan slim.

    >>>Slim & Fit SemulaJadi ! <<<

    ReplyDelete